ENAKMEN 1 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

BAHAGIAN VI - KEWANGAN
Baitumal dan Tatacara Kewangan Majlis.



Seksyen 83. perbelanjaan Majlis.


Semua kos, bayaran dan belanja untuk mentadbirkan harta dan aset yang terletak hak pada Majlis, termasuk kos penyenggaraan dan pembaikan mana-mana harta tak alih, gaji dan elaun semua pekhidmat Majlis, dan fi dan elaun yang kena dibayar kepada mana-mana pegawai atau anggota Majlis berkenaan dengan perkhidmatannya sebagai pekhidmat, pegawai atau anggota Majlis, hendaklah dibayar daripada harta dan aset Baitulmal.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.