ENAKMEN 5 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PERATURAN AM



Seksyen 29. Penyampaian proses.


(1) Proses Mahkamah hendaklah disampaikan oleh seorang pegawai Mahkamah atau oleh orang lain yang diberi kuasa oleh Mahkamah dan boleh disampaikan pada bila-bila masa di mana-mana tempat di dalam Negeri.

(2) Dalam perbicaraan jenayah penyampaian hendaklah kepada penerima sendiri.

(3) Dalam perbicaraan sivil penyampaian hendaklah kepada penerima sendiri melainkan dengan sebab-sebab tertentu maka Mahkamah boleh memerintahkan penyampaian ganti. Penyampaian ganti hendaklah dilakukan dengan cara sebagaimana yang diperuntukkan oleh Mahkamah dan hendaklah berkuatkuasa seperti penyampaian kepada penerima sendiri.

(4) Penyampaian kepada penerima sendiri hendaklah dibuat dengan menyerahkan salinan asal dokumen itu atau salinan dokumen yang telah dimeterikan dan ditandatangani kepada orang yang hendak disampaikan dokumen itu. Jika ia enggan menerima maka bolehlah dokuman itu dibawa kepada pengetahuannya dan ditinggalkan dekat dengan dia.

(5) Seseorang yang telah menyampaikan apa-apa dokuman atau proses hendaklah dengan serta merta memfailkan dalam Mahkamah satu memorandum yang menunjukkan tempat, waktu dan cara penyampaian.

(6) Penyampaian hendaklah dibuktikan jika diperlukan dengan keterangan bersumpah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.