ENAKMEN 3
ENAKMEN TAREKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN VII - PENGAWALAN TAREKAT TASAWUF



Seksyen 21. Pembatalan pendaftaran tarekat tasawuf yang tidak lagi diamalkan.


(1) Jawatankuasa Fatwa boleh membatalkan pendaftaran mana-mana tarekat tasawuf berdaftar jika Jawatankuasa Fatwa berpuas hati bahawa ada alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa tarekat tasawuf itu tidak lagi diamalkan.

(2) Sebelum membatalkan pendaftaran tarekat tasawuf di bawah subseksyen (1), Pendaftar hendaklah membuat pemberitahuan tentang niat Jawatankuasa Fatwa itu melalui notis yang disiarkan dalam sekurang-kurangnya dua akhbar harian, satu dalam bahasa kebangsaan dan satu lagi dalam apa-apa bahasa lain.

(3) Mana-mana orang yang bercadang hendak membuat apa-apa bantahan terhadap niat Jawatankuasa Fatwa untuk membatalkan pendaftaran tarekat tasawuf itu bolehlah mengemukakan bantahannya kepada Pendaftar dalam tempoh yang ditetapkan dalam notis dalam subseksyen (2).

(4) Selepas tamat tempoh yang disebut dalam subseksyen (3) dan setelah mempertimbangkan apa-apa bantahan, jika ada, Jawatankuasa Fatwa boleh membatalkan pendaftaran tarekat tasawuf itu dengan menyiarkan hakikat tentang pembatalan itu, melalui pemberitahuan dalam Warta.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.