ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU DAN PELANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI



Seksyen 25. Perwakilan kewajipan dan kuasa Majlis.


(1) Majlis boleh, melalui ketetapan, dan tertakluk kepada syarat-syarat dan sekatan-sekatan yang difikirkan patut oleh Majlis, mewakilkan kepada Yang Dipertua atau Setiausaha atau kepada mana-mana jawatankuasa Majlis penunaian mana-mana kewajipannya atau penjalanan mana-mana kuasanya.

(2) Pelaksanaan kewajipan-kewajipan dan penjalanan kuasa-kuasa menurut perwakilan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Majlis.

(3) Yang Dipertua, Setiausaha, atau jawatankuasa yang kepadanya perwakilan dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah memberitahu Majlis tentang semua tindakan dan perkara yang dilakukan olehnya menurut perwakilan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.