ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG



Seksyen 28. Perlantikan pegawai dan pengkhidmat Majlis.


(1) Majlis boleh melantik atau mengambil khidmat pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat lain sebagaimana yang pada munasabahnya perlu bagi maksud Enakmen ini.

(2) Pegawai dan pengkhidmat Majlis hendaklah berada di bawah kawalan pentadbiran Yang Dipertua.

(3) Maka hendaklah dibayar kepada pegawai dan pengkhidmat Majlis apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.