ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 43. Perlantikan Hakim.


(1) Ketua Hakim Syarie dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Majlis.

(2) Sebelum mengemukakan nasihatnya mengenai perlantikan seseorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Majlis hendaklah merujuk kepada Ketua Hakim Syarie.

(3) Seseorang adalah layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika -
(4) Bagi maksud subseksyen (3) seseorang yang sebelum berkuatkuasa Enakmen ini telahpun beramali sebagai peguambela di Mahkamah Syariah hendaklah disifatkan sebagai Peguam Syarie dan seseorang yang telah berkhidmat sebagai Kadi Besar, Kadi atau Pendakwa di Mahkamah Syariah hendaklah disifatkan sebagai anggota Mahkamah Syariah.

(5) Semua perlantikan di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.