ENAKMEN 1 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003
BAHAGIAN VI - KEWANGAN
Wakaf, Nazr dan Amanah.
Seksyen 91. Sekatan bagi pewujudan amanah khairat.
(1) Sama ada atau tidak dibuat secara wasiat atau alang semasa marad-al-maut, tiada wakaf atau nazr yang dibuat selepas seksyen ini mula berkuat kuasa dan melibatkan lebih daripada satu pertiga daripada harta orang yang membuatnya boleh menjadi sah berkenaandengan bahagian yang melebihi satu pertiga itu.
(2) Tiap-tiap wakaf khas atau nazr yang dibuat selepas seksyen ini mula berkuat kuasa adalah batal dan tak sah melainkan jika—
(a)
Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis, dengan nyata memperkenankan dan mengesahkan wakaf khas atau nazr itu; dan
(b)
wakaf khas atau nazr itu telah dibuat semasa pembuatnya sakit tenat dan kemudian meninggal dunia akibat sakit itu dan telah dibuat secara bertulis melalui suratcara yang disempurnakan olehnya dan disaksikan oleh dua orang Islam dewasa yang tinggal di kariah masjid yang sama dengan pembuat itu.
(3) Seksyen ini tidaklah berkuat kuasa untuk menjadikan sah apa-apa wasiat, alang semasa marad-al-maut atau nazr yang tak sah di bawah peruntukan-peruntukan Hukum Syarak.
(4) Apa-apa wakaf atau nazr yang sah menurut Enakmen terdahulu hendaklah terus sah bagi maksud Enakmen ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.