ENAKMEN 3
ENAKMEN TAREKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN VII - PENGAWALAN TAREKAT TASAWUF



Seksyen 20. Pembatalan pendaftaran.


(1) Jawatankuasa Fatwa boleh membatalkan pendaftaran mana-mana tarekat tasawuf berdaftar jika Jawatankuasa Fatwa berpuas hati bahawa—
(2) Sebelum membatalkan pendaftaran sesuatu tarekat tasawuf berdaftar, Jawatankuasa Fatwa hendaklah memberikan peluang kepada syeikh bagi tarekat tasawuf itu—
(3) Jika syeikh gagal untuk bertindak menurut subseksyen (2), Jawatankuasa Fatwa boleh membatalkan pendaftaran tarekat tasawuf itu melalui notis secara bertulis tentang niatnya untuk berbuat demikian dan menghendaki syeikh itu membuat representasi dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Jawatankuasa Fatwa.

(4) Selepas tamat tempoh yang disebut dalam subseksyen (3), dan setelah mempertimbangkan apa-apa representasi, jika ada, maka Jawatankuasa Fatwa boleh membatalkan pendaftaran tarekat tasawuf itu dengan memberikan notis pembatalan pendaftaran secara bertulis.

(5) Notis pembatalan pendaftaran yang disebut dalam subseksyen (4)—
(6) Keputusan Jawatankuasa Fatwa adalah muktamad.

(7) Dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pembatalan pendaftarannya berkuat kuasa, syeikh hendaklah menyerahkan Perakuan Pendaftaran tarekat tasawuf itu kepada Pendaftar.

(8) Mana-mana syeikh yang melanggar subseksyen (7) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya.

(9) Jika selepas pensabitan di bawah subseksyen (8), syeikh itu masih tidak menyerahkan Perakuan Pendaftaran tarekat tasawuf itu kepada Pendaftar, syeikh itu boleh dikenakan denda selanjutnya yang tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan itu.

(10) Pendaftar hendaklah mencatatkan butir-butir tentang pembatalan pendaftaran sesuatu tarekat tasawuf dalam Daftar.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.