ENAKMEN 1 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

BAHAGIAN IX - MEMELUK AGAMA ISLAM



Seksyen 115. Kesalahan memberikan maklumat palsu.


Mana-mana orang yang, dalam sesuatu permohonan untuk pendaftaran di bawah seksyen 111, atau sebagai jawapan kepada apa-apa permintaan untuk mendapatkan maklumat atau keterangan yang dibuat oleh Pendaftar di bawah seksyen itu, dengan sengaja memberi Pendaftar apa-apa maklumat atau keterangan yang palsu atau yang mengelirukan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.