ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991
BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG
Seksyen 9. Tamat perlantikan.
Perlantikan ahli-ahli Majlis hendaklah tamat -
(a)
atas kematiannya; atau
(b)
jika ahli itu, dengan surat yang dialamatkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan melalui Yang Dipertua, meletakkan jawatannya; atau
(c)
selain daripada Yang Dipertua, jika ahli itu tidak berada di Malaysia tanpa kebenaran bertulis daripada Yang Dipertua bagi tempoh melebihi tiga bulan; atau
(d)
jika ahli itu dihukum bankrap.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.