ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG



Seksyen 11. Perlantikan sementara.


(1) Jika sekiranya atas sebab ketiadaan sementara ataupun atas sebab keuzuran mana-mana ahli Majlis, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh melantik seseorang yang difikirkan layak untuk menggantikan ahli itu buat sementara waktu.

(2) Perlantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah tamat tujuh hari selepas ahli sebenar memberi notis bertulis kepada Yang Dipertua tentang keupayaannya untuk kembali bertugas.

(3) Satu salinan notis di bawah subseksyen (2) hendaklah disampaikan juga kepada ahli sementara.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.