ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN IX - AM



Seksyen 117. Pengecualian kaedah dan perlantikan.


Semua kaedah, perisytiharan, perintah, notis, borang, surat kebenaran dan perlantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut kuasa mana-mana Bahagian Enakmen 1982 yang dimansuhkan oleh Enakmen ini hendaklah kekal berkuatkuasa, selagi ia tidak berlawanan dengan peruntukan Enakmen ini, sehingga dibatalkan atau digantikan oleh kaedah-kaedah, perisytiharan, perintah, notis, borang, surat kebenaran, atau perlantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Enakmen ini.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.