ENAKMEN 1 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR



Seksyen 10. Kuasa untuk meminjam.


(1) Majlis boleh, dengan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan atas terma-terma dan syarat-syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, meminjam apa-apa jumlah wang yang mungkin diperlukannya untuk menunaikan mana-mana fungsinya di bawah Enakmen ini.

(2) Jumlah-jumlah wang yang dipinjam menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam Baitulmal.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.