ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN V - KEWANGAN
Kumpulan Wang Majlis Dan Tatacara Kewangan Majlis



Seksyen 59. Anggaran pendapatan dan belanjawan.


(1) Majlis hendaklah, menyediakan dan menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan, tidak lewat daripada 31 haribulan Oktober dalam setiap tahun, anggaran kesemua pendapatan dan perbelanjaan Majlis, termasuk anggaran segala harta dan segala barang boleh lupus, berkenaan dengan tahun yang berikutnya.

(2) Duli Yang Maha Mulia Sultan, selepas berunding dengan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, boleh meluluskan anggaran itu atau boleh mengarahkan supaya ia dipinda.

(3) Anggaran yang diluluskan, dengan atau tanpa pindaan di bawah subseksyen (2), hendaklah disiarkan dalam
Warta.

(4) Majlis boleh pada bila-bila masa menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan anggaran perbelanjaan tambahan berkenaan dengan tahun semasa, atau, pada bila-bila masa sebelum 31 haribulan Mac dalam mana-mana tahun, berkenaan dengan tahun yang sebelumnya, dan anggaran itu boleh diluluskan atau dipinda, dan hendaklah disiarkan, mengikut subseksyen (2) dan (3).

(5) Tiada wang boleh dibelanjakan, atau harta dilupuskan dalam bentuk barang, kecuali mengikut anggaran yang diperuntukkan dalam seksyen ini dan dengan berdasarkan baucar yang ditandatangani oleh Yang Dipertua atau mana-mana pegawai Majlis atau mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa oleh Yang Dipertua.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.