ENAKMEN 1 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

BAHAGIAN VI - KEWANGAN
Wakaf, Nazr dan Amanah.



Seksyen 95. Penyiaran senarai harta wakaf, nazr dan amanah.


Dengan seberapa segera yang mungkin selepas 31 haribulan Disember tiap-tiap tahun, Majlis hendaklah menyediakan, mengeluarkan dan menyiarkan dalam Warta satu senarai semua harta, pelaburan dan aset yang terletak hak pada Majlis, dengan tertakluk kepada mana-mana wakaf, nazr atau amanah dan yang tidak menjadi sebahagian daripada Baitulmal.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.