ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002
BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 8 - DARIHAL HUKUMAN DAN PELAKSANAANNYA
Seksyen 130. Syarat bon.
Apabila mana-mana orang dikehendaki oleh mana-mana Mahkamah supaya menyempurnakan suatu bon dengan penjamin-penjamin, dan dalam bon itu orang yang menyempurnakannya mengikat dirinya untuk menjaga keamanan atau mengikat dirinya untuk berkelakuan baik, Mahkamah boleh menghendaki supaya dimasukkan dalam bon itu satu daripada syarat-syarat yang berikut atau lebih, iaitu–
(a) suatu syarat bahawa orang itu hendaklah berada di bawah pengawasan seseorang lain yang dinamakan dalam bon itu selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalamnya;
(b) apa-apa syarat bagi memastikan apa-apa pengawasan yang difikirkan oleh Mahkamah patut dikenakan;
(c) apa-apa syarat mengenai tempat kediaman, pekerjaan, pergaulan, penjauhan daripada minuman keras atau dadah atau mengenai apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Mahkamah patut dikenakan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.