ENAKMEN 5 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PERATURAN AM



Seksyen 24. Peguam Syarie.


(1) Majlis boleh membenarkan kepada mana-mana orang Islam yang layak dan berkemahiran di atas permohonannya, menjadi Peguam Syarie.

(2) Bagi maksud sub-seksyen (1), mana-mana orang yang berikut adakah disifatkan layak dan berkemahiran di dalam perkara berkenaan dengan hukum syarak:

(3) Peguam Syarie tidak boleh hadir dan menjadi wakil dalam mana-mana Mahkamah bagi mana-mana pihak dalam sesuatu pembicaraan melainkan dengan sijil yang bertulis yang dikeluarkan oleh Majlis dan menjelaskan bayaran yang ditetapkan. Sijil yang demikian hendaklah dikeluarkan bagi tempoh dua tahun dan ditandatangani oleh Yang Dipertua Majlis.

(4) Raja Pemerintah atau mana-mana orang yang telah diberi kuasa oleh Baginda bolehlah secara bertulis melantik mana-mana orang yang layak menjadi peguam untuk membela atau merayu bagi pihak orang miskin dalam mana-mana perbicaraan dan dalam hal itu bayaran Mahkamah yang biasanya kena dibayar mengenai perbicaraan berkenaan tidak akan dikenakan dan hendaklah dikecualikan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.