ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991
BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH
Seksyen 48. Bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah.
(1) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa di dalam sempadan tempatan bidangkuasa yang diberi kepadanya dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
(2) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah -
(a)
dalam bidangkuasa jenayah, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam di bawah Enakmen ini atau di bawah undang-undang bertulis lain yang memberi kepada Mahkamah Syariah bidangkuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan yang mana hukuman maksimum yang diperuntukkan tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara bagi tempoh yang tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
(b)
dalam bidangkuasa mal, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Rendah Syariah dibenarkan mendengar dan memutuskannya dalam mana jumlah atau nilai hal perkara yang dipertikaikan tidak melebihi seratus ribu ringgit atau yang tidak dapat dianggarkan dengan wang.
(3) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh dari masa ke masa melalui pemberitahuan dalam
Warta
meluaskan bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.