ENAKMEN 5 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 7. Penubuhan Mahkamah-mahkamah dan bidangkuasa.


(1) Raja Pemerintah boleh melalui pemberitahu dalam Warta menubuhkan-
di mana-mana tempat yang difikirkan patut dan bolehlah menentukan kawasan bidang kuasa Mahkamah-mahkamah yang demikian.

(2) Bidang kuasa Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah meliputi seluruh Negeri.

(3) Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah meliputi seluruh Negeri dan hendaklah diketuai oleh seorang Ketua hakim Syarie.

(4) Bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah hendaklah meliputi seluruh Negeri atau tempat-tempat atau kawasan sepertimana yang ditentukan di bawah sub-seksyen (1) dan hendaklah diketuai oleh seorang Kadi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.