ENAKMEN 5 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1991


Seksyen 6C.


(1) Tertakluk kepada peruntukan sub-seksyen (2), (3), (4) dan (5), seseorang Hakim Syarie hendaklah memegang jawatan sehingga dia mencapai umur enam puluh tahun atau sehingga suatu masa kemudiannya sebagaimana diluluskan oleh Raja Pemerintah, tetapi masa itu tidak boleh terkemudian daripada enam bulan selepas dia mencapai umur enam puluh tahun. (2) Seorang Hakim Syarie boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa dengan mengutuskan surat yang ditandatangani kepada Raja Pemerintah tetapi dia tidak boleh dipecat daripada jawatan kecuali mengikut peruntukan seksyen ini yang berikut.

(3) Jika, Ketua Hakim Syarie merayu kepada Raja Pemerintah menyatakan bahawa seorang Hakim Syarie patut dipecat kerana:
Raja Pemerintah hendaklah melantik suatu tribunal mengikut sub-seksyen (4) dan merujuk rayuan itu kepadanya;

dan atas syor tribunal itu Raja Pemerintah boleh memecat Hakim Syarie itu daripada jawatannya.

(4) Tribnunal tersebut hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 5 orang yang beragama Islam yang memegang atau telah memegang jawatan sebagai Hakim Syarie atau Hakim Mahkamah Awam di Malaysia, dan tribunal itu hendaklah diketuai oleh ahli yang pertama mengikut susunan yang berikut iaitu Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Rayuan Syarie mengikut keutamaan yang mereka sendiri dan ahli-ahli lain mengikut tarikh perlantikan mereka bagi jawatan yang melayakkkan mereka menjadi ahli.

(5) Sementara menantikan apa-apa rujukan dalam laporan di bawah sub-seksyen (3) Raja Pemerintah boleh atas nasihat Ketua Hakim Syarie menggantung seorang Hakim Syarie daripada menjalankan tugasnya.

(6) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini Raja Pemerintah boleh membuat peraturan bagi memperuntukkan syarat jawatan, perletakan dan perlucutan jawatan Hakim Syarie.

(7) Walau apapun peruntukan sub-seksyen (1), sahnya apa-apa perkara yang dilakukan oleh seseorang Hakim Syarie tidak boleh dipersoal atas alasan bahawa Hakim Syarie itu telah mencapai had umur yang dia dikehendaki bersara.

(8) Peruntukan seksyen ini hendaklah dipakai ke atas Ketua Hakim Syarie dan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syarie.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.