ENAKMEN 3 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1982

BAHAGIAN III - BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 11. Bidangkuasa Mahkamah Qadhi Jajahan.


Mahkamah Qadhi Jajahan hendaklah:

(1) Dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam yang boleh dihukum di bawah Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang mana hukuman maksima yang diperuntukkan oleh undang-undangitu dengan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali dan bolehlah mengenakan apa-apa hukuman yang ditetapkan baginya.

[Pin. En. 6/85]

(2) dalam bidangkuasa sivilnya, membicara dan menentukan segala tindakan dan pembicaraan mengikut kuasa yang diberikan kepada Mahkamah Qadhi Besar untuk mendengar dan menentukan dalam mana amaun atau nilai hal-perkara yang dipertikaikan itu tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang, dikecualikan dalam perkara nasab.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.