J. P.U. 63/2004
KAEDAH-KAEDAH TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH
(FI, ELAUN DAN KOS) 2004




JADUAL PERTAMA

No.
Butiran
Mahkamah Rendah Syariah
(RM)
Mahkamah Tinggi Syariah
(RM)
Mahkamah Rayuan Syariah
(RM)
Catatan

1.
Apabila memeteraikan saman untuk memulakan tindakan atau memfailkan tuntutan balas, jika-
    (a) tuntutan adalah untuk sejumlah wang yang tidak melebihi RM 100,000.00.

    (b) tuntutan adalah untuk sejumlah wang yang melebihi RM 100,000.00.




25.00








50.00

2.
Apabila memeteraikan permohonan untuk memulakan tindakan.
20.00
40.00

3.
Apabila memeteraikan saman serentak atau saman diperbaharui atau permohonan serentak atau permohonan diperbaharui.
5.00
10.00

4.
Apabila memeteraikan saman terpinda atau permohonan terpinda.
5.00
10.00

5.
Apabila menanda pembaharuan apa-apa saman atau permohonan atau pliding terpinda
5.00
10.00

6.
Apabila memfailkan notis kehadiran/wakalah bagi setiap orang
5.00
10.00

7.
Apabila memeteraikan notis permohonan interlokutori.
10.00
20.00

8.
Apabila memohon penyampaian proses atau notisnya di luar bidang kuasa.
20.00
20.00

Saman

9.
Apabila memeteraikan sepina, bagi setiap saksi.
4.00
4.00

10.
Apabila memeteraikan sepina yang dikeluarkan kurang daripada 3 hari sebelum perbicaraan sesuatu tindakan bagi setiap orang saksi.
10.00
10.00

11.
Apabila memeteraikan tiap-tiap perintah perlaksanaan, pengkomitan, penangkapan, notis hiwalah atau penahanan harta.
10.00
20.00

12.
Apabila mencatatkan atau memeteraikan apa-apa perintah yang dibuat dalam Kamar
10.00
20.00

13.
Apabila mencatatkan atau memeteraikan penghakiman atau perintah yang diberikan, diarahkan atau dibuat dalam perbicaraan, pendengaran atau pertimbangan lanjut sesuatu kausa atau perkara dalam Mahkamah.
25.00
50.00
50.00

14.
Apabila memeteraikan apa-apa penghakiman atau perintah lain di mana tiada fee diperuntukkan dengan khususnya.
10.00
20.00
20.00

Rayuan

15.
Apabila memfailkan notis rayuan daripada Pendaftar kepada Hakim dalam Kamar.
10.00
10.00

16.
Apabila memfailkan notis rayuan atau notis rayuan balas kepada Mahkamah Tinggi Syariah
50.00

17.
Apabila memfailkan permohonan kebenaran melanjutkan tempoh rayuan daripada Mahkamah Rendah Syariah ke Mahkamah Tinggi Syariah.
20.00

18.
Apabila memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Rayuan Syariah.
100.00

19.
Apabila memfailkan notis rayuan atau permohonan melanjutkan tempoh rayuan dari Mahkamah Tinggi Syariah kepada Mahkamah Rayuan Syariah.
50.00

20.
Apa-apa permohonan interlokutori sementara menanti rayuan di--
    (a) Mahkamah Tinggi Syariah; dan

    (b) Mahkamah Rayuan Syariah



20.00






40.00

Salinan-Salinan Dokumen

21.
Apabila membuat salinan dan menandakannya sebagai salinan diperakui bagi setiap folio.

Bagi tiap-tiap salinan kedua atau berikutnya jika salinan karbon atau melalui proses penduaan, bagi tiap-tiap folio.
2.00



0.50
2.00



1.00

22.
Untuk memeriksa salinan bersih dan menandakannya sebagai salinan diperakui:-
    (a) Dalam hal salinan fotografik atau zeroks bagi setiap lembaran.

    (b) Dalam apa-apa hal lain bagi setiao folio.




1.00


1.00




1.00


1.00

23.
Atas permohonan supaya dibenarkan menyalinkan apa-apa dokumen yang difailkan atau diserahsimpan dalam Mahkamah, bagi setiap muka surat.
1.00
1.00

Terjemahan

24.
Atas penyemalan, pembetulan dan pemerakuan terjemahan yang tidak dibuat oleh jurubahasa Mahkamah.
5.00 ditambah RM 1.00 untuk setiap folio
5.00 ditambah RM 1.00 untuk setiap folio

Pejabat Bendahari Negeri

25.
Atas perakuan tentang amaun atas transkip tentang akaun bagi apa-apa wang, kumpulan wang atau sekuriti termasuk permintaan mengenainya.
4.00
4.00

26.
Atas pembayaran, penyerahsimpanan, pemindahan atau pendepositan wang kumpulan wang atau sekuriti dalam Mahkamah.
4.00
4.00

27.
Atas permintaan kepada Bendahari Negeri untuk mendapatkan maklumat secara bertulis berkenaan dengan apa-apa wang, kumpulan wang atau sekuriti dalam Mahkamah atau apa-apa transaksi dalam pejabatnya.
4.00
4.00

Penetapan Kos

28.
Apabila menetapkan bil kos; jika-
    (a) amaun yang diperintahkan tidak melebihi RM1,000.00; dan

    (b) amaun yang perintahkan tidak melebihi RM1,000.00 bagi tiap-tiap RM1,000.00 tambahan yang dibenarkan atau pecahannya.



4.00



2.00

29.
Atas perakuan atau alokatur mengenai keputusan penetapan itu.
4.00
4.00

Pelbagai

30.
Apabila memfailkan apa-apa dokumen yang tidak diperuntukkan dalam Jadual ini.
4.00
4.00

31.
Atas apa-apa carian, termasuk pemeriksaan, bagi setiap setengah jam atau sebahagian daripadanya.
4.00
4.00

32.
Atas permohonan bagi pengemukaan rekod atau dokumen yang hendak diberikan sebagai keterangan-
    (a) jika rekod atau dokumen itu ditinggalkan di Mahkamah.

    (b) jika seorang dikehendaki mengemukakan rekod atau dokumen itu di Mahkamah.




4.00



20.00




4.00



40.00

33.
Permohonan dengan kehadiran seorang pegawai Mahkamah sebagai saksi bagi setiap setengah hari atau sebahagian daripadanya.
10.00
10.00

34.
Apabila memfailkan afidavit atau afidavit tambahan, bagi setiap orang yang membuatnya.

Dan bagi setiap akshibit yang dikehendaki ditandakan.
3.00



1.00
3.00



1.00

35.
Apabila memperakui cabutan apa-apa dokumen, yang bukannya suatu penghakiman atau perintah, di mana tiada fee ditetapkan dalam Jadual ini.
2.00
2.00

Penyampaian dan Pelaksanaan

36.
Bagi setiap percubaan untuk menyampaikan kepada setiap orang akan apa-apa proses atau prosiding yang dikehendaki disampaikan oleh Mahkamah.
2.00
2.00

37.
Dan jika lebih daripada 3 kilometer dari Mahkamah bagi tiap-tiap kilometer tambahan.
2.00
2.00

38.
Bagi melaksanakan tiap-tiap perintah perlaksanaan, perintah pengkomitan, penangkapan atau penahanan harta.
2.00
10.00

39.
Untuk melepaskan harta yang disita mengikut arahan pihak yang mengeluarkan perintah pelaksanaan, penahanan, penangkapan atau penahanan harta.
5.00
5.00

40.
Komisen sebanyak 5 peratus akan dikenakan ke atas RM1,000.00 yang pertama dan 3 peratus ke atas semua jumlah wang yang selebih daripada itu apabila dilevikan dengan cara penyitaan dan penjualan atau yang jumlah wang itu hendaklah termasuk komisen pelelong.
Hendaklah dipotong oleh Pendaftar

41.
Komisen sebanyak 2 peratus akan dikenakan ke atas semua wang diterima oleh Pendaftar di bawah notis hiwalah.
Hendaklah dipotong oleh Pendaftar

42.
Komisen sebanyak 1 peratus akan dikenakan ke atas semua wang yang diterima oleh Pendaftar sebagai penjelasan perintah penyitaan dan penjualan atau jika pelaksanaan ditarik balik, dijelaskan atau diberhentikan.
Hendaklah dipotong oleh Pendaftar

43.
Komisen sebanyak 1 peratus akan dikenakan ke atas anggaran nilai harta yang disita atau amaun yang dinyatakan dalam perintah itu mengikut mana yang kurang jika pelaksanaan ditarik balik, dijelaskan atau diberhentikan.
Hendaklah dipotong oleh Pendaftar

44.
Bagi setiap seorang yang perlu ditugaskan untuk menjaga apa-apa harta di bawah penyitaan.
Kos
Sebenar
Kos
Sebenar
Hendaklah dibayar secara tunai kepada Pendaftar atau terus mengikut baucer yang diperakui oleh Pendaftar

45.
Untuk mengalihkan barangan atau binatang ke suatu tempat untuk simpanan selamat dan makanan yang diberikan.
Kos
Sebenar
Kos
Sebenar
Hendaklah dibayar secara tunai kepada Pendaftar atau terus mengikut baucer yang diperakui oleh Pendaftar

46.
Untuk mengiklankan dan memberi publisiti tentang penjualan tentang penjualan dengan cara lelong.
Kos
Sebenar
Kos
Sebenar
Hendaklah dibayar secara tunai kepada Pendaftar atau terus mengikut baucer yang diperakui oleh Pendaftar
Nota-

Dalam tiap-tiap kes di mana pelaksanaan ditarik balik, dijelaskan atau diberhentikan, fee itu hendaklah dibayar oleh orang di atas permintaannya penjualan itu diberhentikan dan amaun apa-apa kos atau caj yang kena bayar di bawah Jadual ini hendaklah ditetapkan oleh Hakim, sekiranya Pendaftar dan pihak yang bertanggungan membayar kos dan caj itu tidak bersetuju dengan amaun itu.

47.
Permintaan bagi pembayaran keluar daripada wang yang dibayar masuk ke dalam Mahkamah mengikut perintah ansuran jika wang itu melebihi RM1,000.00 kecuali bagi bayaran nafkah anak-anak dan isteri.
2 peratus daripada jumlah wang yang dibayarkan keluar
2 peratus daripada jumlah wang yang dibayarkan keluar
Permintaan




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.