J. P.U. 63/2004
KAEDAH-KAEDAH TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH
(FI, ELAUN DAN KOS) 2004




JADUAL KETIGA
SKALA KOS

BAHAGIAN 1

No.
Butiran
Mahkamah Rendah Syariah
(RM)
Mahkamah Tinggi Syariah
(RM)
Mahkamah Rayuan Syariah
(RM)
Catatan

1.
Menyediakan, mengeluarkan, memfailkan dan menyampaikan kepada satu pihak, saman atau permohonan.
30.00
40.00
40.00

2.
Mengeluarkan dan menyampaikan kepada satu pihak saman serentak atau permohonan serentak.
4.00
6.00
6.00

3.
Memperbaharui saman termasuk menyediakan dan memfailkan permohonan dan afidavit, menghadiri semasa permohonan untuk pembaharuan dan mendapatkan perintah.
25.00
30.00
30.00

4.
Menyediakan, memfailkan dan menyampaikan kepada satu pihak pembelaan atau prosiding lain.
30.00
40.00
40.00

5.
Menyediakan, memfailkan dan menyampaikan kepada satu pihak butir-butir pliding dan menyediakan dan menyampaikan kepada satu pihak, permintaan mendapatkan butir-butir sedemikian.
15.00
15.00
15.00

6.
Menyediakan pindaan kepada dokumen yang disebut dalam butiran 1 atau 4, memfailkan dan menyampaikan kepada satu pihak, dokumen terpinda.
10.00
15.00
15.00

7.
Menyediakan, mengeluarkan dan memfailkan apa-apa dokumen, menghadiri semasa apa-apa kerja lain yang perlu untuk mendapatkan-
    (a) perintah untuk penyampaian ganti bagi apa-apa dokumen.

    (b) Perintah memberikan kebenaran untuk menyampaikan apa-apa dokumen di luar bidang kuasa.

    dan mendapatkan perintah
25.00
30.00
30.00
BAHAGIAN II

PROSIDING DALAM KAMAR

No.
Butiran
Mahkamah Rendah Syariah
(RM)
Mahkamah Tinggi Syariah
(RM)
Mahkamah Rayuan Syariah
(RM)
Catatan

8.
Menyediakan, mengeluarkan, memfailkan dan menyampaikan kepada satu pihak, notis:-
    (a) untuk meneruskan di bawah sesuatu penghakiman atau perintah.

    (b) Untuk melanjutkan masa.




10.00




10.00




20.00




20.00




20.00




20.00

9.
Menyediakan, mengeluarkan, memfailkan dan menyampaikan kepada satu pihak, notis untuk hadir di Kamar (selain daripada notis yang disebut dalam butiran 8)
4.00
6.00
6.00

10.
Menghadiri untuk mendapatkan janji-temu bagi pendengaran di hadapan Hakim atau Pendaftar.
4.00
6.00
6.00

11.
Menghadiri dan menghantarserahkan kertas-kertas yang dikehendaki bagi kegunaan Hakim atau Pendaftar dalam Kamar.
4.00
6.00
6.00

12.
Menghadiri pendengaran permohonan dalam Kamar:-
    (a) jika secara ex parte atau dengan persetujuan atau atas penangguhan tanpa pendengaran.

    (b) Dalam apa-apa hal lain.



10.00




20.00



20.00




40.00



20.00




40.00

13.
Menghadiri untuk menyelesaikan draf atau minit-minit bagi apa-apa penghakiman atau perintah.
10.00
10.00
20.00

14.
Menghadiri untuk menyediakan dan mencatatkan apa-apa perintah, jika butiran 13 tidak terpakai.
4.00
6.00
6.00
BAHAGIAN III

PENZAHIRAN DAN PEMERIKSAAN

No.
Butiran
Mahkamah Rendah Syariah
(RM)
Mahkamah Tinggi Syariah
(RM)
Mahkamah Rayuan Syariah
(RM)
Catatan

15.
Menyediakan, memfailkan dan menyampaikan-

    (a) afidavit dokumen atau senarai dokumen;
10.00
20.00
20.00

    (b) interogatori untuk pemeriksaan oleh sesuatu pihak; dan
10.00
20.00
20.00

    (c) afidavit jawapan kepada interogatori termasuk, apabila sesuai, deponent yang hadir untuk mengangkat sumpah dan salinan untuk penyampaian.
10.00
20.00
20.00

16.
Menghadiri untuk memeriksa, atau mengemukakan bagi pemeriksaan, dokumen-dokumen yang pengemukaannya bagi pemeriksaan adalah dikehendaki menurut perintah Mahkamah atau menurut kuasa mana-mana peruntukkan Bahagian XI Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Johor) 2003.

Bagi jam pertama atau sebahagian daripada sejam;
10.00
20.00
20.00

Bagi setiap setengah jam berikutnya atau sebahagian daripadanya.
5.00
10.00
10.00
BAHAGIAN IV

PENYEDIAAN BAGI PERBICARAAN
ATAU PENDENGARAN, SAMA ADA DALAM MAHKAMAH
TERBUKA ATAU SELAINNYA

No.
Butiran
Mahkamah Rendah Syariah
(RM)
Mahkamah Tinggi Syariah
(RM)
Mahkamah Rayuan Syariah
(RM)
Catatan

17.
Menyediakan dan mengeluarkan sepina-

    (a) untuk hadir di Mahkamah bagi orag saksi;
4.00
5.00
5.00

    (b) untuk mengemukakan dokumen, bagi setiap orang saksi;
4.00
5.00
5.00

    (c) untuk mengemukakan dokumen dan memberi keterangan, termasuk memfailkan permintaan, menghadiri untuk mendapatkan sepina dan salinan untuk penyampaian.
4.00
5.00
5.00

18.
Menyediakan dan menyampaikan notis:-

    (a) untuk mengemukakan bagi pemeriksaan dokumen yang disebut dalam pliding atau afidavit;
4.00
5.00
5.00

    (b) untuk mengemukakan dokumen di perbicaraan atau pendengaran;
4.00
5.00
5.00

    (c) untuk mengakui apa-apa dokumen atau fakta.
4.00
5.00
5.00

19.
Arahan-arahan bagi perbicaraan atau pendengaran apa-apa kuasa atau perkara tidak kira bagaimana cara perbicaraan atau pendengaran
Menurut budi bicara
Menurut budi bicara
Menurut budi bicara

    Nota kepada butiran 19-

    Butiran ini bermaksud untuk meliputi perlakuan apa-apa kerja yang diperuntukkan selainnya, yang dilakukan dengan seperlunya atau sepatutnya, dalam penyediaan sesuatu perbicaraan atau pendengaran atau sebelum penyelesaian perkara-perkara yang dipertikaikan, termasuk:-

    (a) mengambil arahan-arahan untuk mendakwa, membela atau menuntut balas atau bagi apa-apa pliding, butir-butir pliding, afidavit

    (b) menimbangkan fakta-fakta dan undang-undang.

    (c) melayani dan surat-menyurat dengan klein;

    (d) menemuduga dan surat-menyurat dengan saksi-saksi dan bakal-bakal saksi dan mengambil bukti-bukti dari keterangan mereka;

    (e) mengatur untuk mendapatkan laporan atau nasihat daripada pakar dan pelan, fotograf dan model;

    (f) membuat carian di Pejabat Kerajaan dan di tempat-tempat lain untuk dokumen-dokumen yang relevan.

    (g) memeriksa apa-apa harta atau tempat yang material kepada prosiding;

    (h) menyusuli pliding, afidavit dan dokumen lain yang relevan;

    (i) jika kausa atau perkara itu tidak diteuskan ke pebicaraan atau pendengaran, kerja yang dilakukan berkaitan dengan rundingan untuk sesuatu penyelesaian; dan

    (j) jagaan dan perjalanan am prosiding.

20.
Menghadiri untuk mendapatkan janji-temu bagi memeriksa saksi dan atas pemeriksaan saksi.
20.00
seorang
30.00
seorang
30.00
seorang


BAHAGIAN V

PERBICARAAN ATAU PENDENGARAN

No.
Butiran
Mahkamah Rendah Syariah
(RM)
Mahkamah Tinggi Syariah
(RM)
Mahkamah Rayuan Syariah
(RM)
Catatan

21.
Menghadiri dalam Mahkamah terbuka bagi maksud-

    (a) apa-apa permohonan yang berhubungan dengan atau berbangkit atas perbicaraan atau pendengaran sesuatu kausa atau perkara;
50.00
sehari
75.00
sehari
75.00
sehari

    (b) Perbicaraan atau pendengaran sesuatu kausa atau perkara bagi setiap hari;
100.00
150.00
150.00

    (c) Pendengaran penghakiman tertangguh.
25.00
30.00
30.00

22.
Menghadiri untuk mendapatkan perakuan Pendaftar, dan menghadiri untuk mencatatkan atau mendapatkan penghakiman.
10.00
15.00
15.00
BAHAGIAN VI

PENETAPAN

No.
Butiran
Mahkamah Rendah Syariah
(RM)
Mahkamah Tinggi Syariah
(RM)
Mahkamah Rayuan Syariah
(RM)
Catatan

23.
Menyediakan bil kos dan notis penetapan (termasuk salinan untuk Hakim dan Pendaftar) sefolio.
2.00
3.00
3.00

24.
Menetapkan janji-temu bagi penetapan.
4.00
5.00
5.00

25.
Menghadiri penetapan, menyiapkan bil kos, mengemukakan baucar-baucar bagi perbelanjaan dan menghadiri untuk mendapatkan perakuan atau Perintah Hakim atau Pendaftar.
25.00
30.00
30.00

26.
Menyediakan bantahan terhadap keputusan Hakim atau Pendaftar pada penetapan atau jawapan terhadap bantahan, termasuk salinan-salinan untuk penyampaian dan pemfailan menghantarserahkan kepada satu pihak akan bantahan atau jawapan sedemikian dan menghadiri pendengaran kajian semula oleh Hakim atau Pendaftar.
25.00
30.00
30.00


BAHAGIAN VII

PELAKSANAAN

No.
Butiran
Mahkamah Rendah Syariah
(RM)
Mahkamah Tinggi Syariah
(RM)
Mahkamah Rayuan Syariah
(RM)
Catatan

27.
Menyediakan dan menghadiri untuk mendapatkan pengeluaran perintah pelaksanaan atau perintah lain untuk menguatkuasakan apa-apa penghakiman atau perintah.

Salinan-salinan perlu bagi mana-mana perintah sedemikian hendaklah dibenarkan.
5.00
7.00
7.00

28.
Memperbaharui perintah pelaksanaan termasuk menyediakan dan memfailkan permohonan dan afidavit, menghadiri semasa permohonan untuk pembaharuan dan mendapatkan perintah.
25.00
30.00
30.00
BAHAGIAN VIII

AM DAN PELBAGAI
Kehadiran

No.
Butiran
Mahkamah Rendah Syariah
(RM)
Mahkamah Tinggi Syariah
(RM)
Mahkamah Rayuan Syariah
(RM)
Catatan

29.
Untuk mendapatkan :-

    (a) persetujuan seseorang untuk bertindak sebagai sahabat wakil atau penjaga ad litem dan persetujuan atau kelulusan daripada mana-mana pihak lain yang berkepentingan;

    (b) apa-apa persetujuan lain.
Nota kepada Butiran 29-

Butiran ini termasuklah menyediakan borang persetujuan atau persetujuan kelulusan




10.00






4.00




15.00






5.00




15.00






5.00

30.
Untuk memberi persetujuan.
4.00
5.00
5.00

31.
Memfail dan menyampaikan notis kehadiran.

Jika kehadiran untuk lebih daripada seorang bagi setiap orang tambahan.
5.00


2.00
7.00


3.00
7.00


3.00

32.
Memfail apa-apa dokumen perlu di Pejabat Pendaftaran.
4.00
5.00
5.00

33.
Mencari afidavit di Pejabat Pendaftaran.
4.00
5.00
5.00

34.
Mencatatkan perintah meminda rekod dengan membatal atau menambah satu pihak atau menyatukan kausa-kausa atau perkara-perkara.
4.00
5.00
5.00

35.
Apa-apa afidavit yang diikrarkan di hadapan Hakim atau Pendaftar.
4.00
5.00
5.00

36.
Untuk mendapatkan sijil kelahiran, mati, nikah, cerai atau ruju' atau dokumen-dokumen rasmi lain daripada jabatan-jabatan lain.

Nota kepada butiran 36-

Untuk dua atau lebih sijil yang didapati di tempat yang sama dan pada waktu yang sama, bayaran kos yang dikenakan adalah sekali sahaja.
4.00
5.00
5.00

37.
Kehadiran lain yang patut dan perlu yang tidak diperuntukkan atau dibenarkan di bawah mana-mana butiran lain.

Kehadiran dll. di Pejabat Akauntan Negeri atau Pejabat Pendaftar.
4.00
5.00
5.00

38.
Menyediakan dan mengemukakan dokumen-dokumen yang dikehendaki untuk membenarkan pembayaran daripada wang diserahsimpan dalam Mahkamah dan untuk menerima bayaran.
10.00
15.00
15.00

39.
Menyerah simpanan sekuriti-sekuriti ke dalam Mahkamah atau mendapatkan permindahan sekuriti-sekuriti ke dalam atau daripada Mahkamah.

Nota butiran 39-

Butiran ini termasuklah segala kehadiran yang dikehendaki berkaitan dengan penyerahsimpanan atau pemindahan dan penyediaan apa-apa dokumen yang dikehendaki sedemikian.
Menurut budi bicara
Menurut budi bicara
Menurut budi bicara

40.
Mendapatkan perakuan atau mentarikhkan semula perakuan-perakuan bagi kumpulan-kumpulan wang dalam Mahkamah.

Atau jika lebih daripada satu perakuan didapatkan atau ditarikhkan semula pada masa yang sama.
5.00





Menurut budi bicara
7.00





Menurut budi bicara
7.00





Menurut budi bicara

41.
Untuk mendapatkan transkrip akaun.
5.00
7.00
7.00

Menyediakan Dokumen

42.
Afidavit Penyampaian.

Nota kepada Butiran 42-

Butiran ini termasuklah meneliti afidavit dalam bentuk undang-undang, menghadiri untuk ia diikrar dan memfailkannya.
5.00
10.00
10.00

43.
Afidavit selain daripada afidavit penyampaian atau afidavit di bawah butiran 15 untuk sefolio.
2.00
3.00
3.00

44.
Penyediaan bagi penandaan ekshibit kepada afidavit, untuk setiap ekshibit.
1.00
2.00
2.00

45.
Iklan yang hendaklah ditandatangani oleh Pendaftar, folio pertama.

Dan sefolio selepas itu.

Nota kepada Butiran 45-

Butiran ini termasuklah kehadiran di Kamar untuk mendapatkan tandatangan.
5.00


2.00
7.00


4.00
7.00


4.00

46.
Minit perintah, akaun, pernyataan dan dokumen lain yang dikehendaki untuk kegunaan dalam Mahkamah atau Kamar sefolio.
1.00
2.00
2.00

Notis, dsb

47.
Apa-apa notis tidak diperuntukkan selainnya untuk penyampaian atau apa-apa permintaan.
1.00
2.00
2.00

Salinan-salinan, dsb.

48.
Salinan bagi dokumen yang tidak diperuntukkan selainnya:-

    (a) salinan bertaip, selain daripada salinan karbon atau salinan bertulis sefolio;

    (b) salinan bercetak atau karbon, sefolio;

    (c) salinan fotografik




1.00



0.50


Menurut budi bicara




2.00



1.00


Menurut budi bicara




2.00



1.00


Menurut budi bicara

49.
Memeriksa pruf cetak, sefolio.
0.50
1.00
1.00

Surat dsb.

50.
Surat yang tidak termauk di bawah mana-mana butiran lain, jika :-

    (a) Panjang;

    (b) Serupa; atau

    (c) Surat pekeliling




2.00

1.00

0.50




4.00

2.00

1.00




4.00

2.00

1.00

51.
Surat, mesej dan panggilan telefon yang tidak diperuntukkan atau dibenarkan di bawah mana-mana butiran lain.
Menurut budi bicara
Menurut budi bicara
Menurut budi bicara

Penelitian

52.
Meneliti apa-apa dokumen yang tidak diperuntukkan atau dibenarkan di bawah mana-mana butiran lain, sefolio.
1.00
2.00
2.00

Penyampaian

53.
Jika lebih daripada satu kehadiran diperlukan untuk melaksanakan penyampaian atau penghantarserahan kepada satu pihak akan dokumen yang disebutkan dalam Bahagian 1 Jadual ini atau di dalam butiran 8, 9, 10 atau 27 baginya, atau jika penyampaian dilaksanakan dalam bidang kuasa selain daripada dengan kehadiran sendiri atau melalui pos atau dilaksanakan di luar bidang kuasa.
Menurut budi bicara
Menurut budi bicara
Menurut budi bicara

54.
Jika dokumen yang disebutkan dalam Bahagian I Jadual ini atau dokumen dalam butiran 8, 9, 10 atau 27 baginya dikehendaki disampaikan atau dihantarserahkan kepada lebih daripada seorang atau di mana penyampaian atau penghantarserahan kepada setiap orang tambahan-

    (a) jika dikehendaki disampaikan ke diri atau dengan dihantarserahkan;
5.00
7.00
7.00

    (b) jika penyampaian melalui pos dibenarkan
2.00
3.00
3.00

55.
Penyampaian atau penghantarserahan apa-apa dokumen yang tidak diperuntukkan atau dibenarkan di bawah mana-mana butiran lain-

    (a) jika dikehendaki disampaikan ke diri atau dengan dihantarserahkan.
5.00
7.00
7.00

    (b) jika penyampaian melalui pos dibenarkan.
2.00
3.00
3.00
BAHAGIAN IX

AM

Kos menurut budi bicara

56. (1) Jika dalam peruntukan-peruntukan yang tersebut di atas dalam Jadual ini ada dicatatkan perkataan "Menurut budi bicara", maka amaun kos yang hendak dibenarkan berkenaan dengan butiran tersebut hendaklah (tertakluk kepada apa-apa perintah Mahkamah yang menentukan kos yang hendak dibenarkan) mengikut budi bicara Hakim atau Pendaftar.

(2) Dalam menjalankan budi bicaranya di bawah perenggan ini, Hakim atau Pendaftar hendaklah memberi perhatian kepada semua hal keadaan yang relevan, dan khususnya kepada-

Kehadiran di Kamar

57. (1) Peruntukan-peruntukan berikut dalam perenggan ini terpakai berhubungan dengan tiap-tiap pendengaran dalam Kamar.

(2) Di dalam suatu penetapan kos, hanya kos yang telah dibenarkan oleh Mahkamah ditentukan di pendengaran dan semasa penentuan kos Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada perkara-perkara yang disebut dalam perenggan 1(2) Bahagian ini dalam Jadual ini.

(3) Semasa di dalam pendengaran kes sekiranya Mahkamah memperakukan bahawa sesuatu prosiding telah dijalankan dengan segera dan usaha dan kemahiran istimewa seseorang peguam dalam penyediaan untuk perbicaraan diterima, maka Hakim atau Pendaftar dalam menetapkan kos harus mengambil kira perakuan tersebut.

Kehadiran di hadapan Pendaftar

58. Atas apa-apa sebab kehadiran di hadapan Pendaftar bagi maksud menyelesaikan terma-terma dan memberi apa-apa perintah atau penghakiman, jika ternyata kepada Pendaftar bahawa kehadiran itu adalah suatu keadaan yang khas atau kepanjangan atau kesukaran yang luar biasa, maka dia boleh, jika diminta berbuat demikian oleh mana-mana pihak, mengeluarkan suatu perakuan bagi maksud tersebut, Hakim atau Pendaftar dalam menetapkan kos yang hendak dibenarkan bagi kehadiran itu hendaklah mengambil kira perakuan tersebut.

Salinan-salinan dokumen

59. (1) Maka hendaklah dibenarkan, bagi percetakan salinan apa-apa dokumen bercetak, amaun yang sepatutnya dibayar kepada pencetak, dan jika mana-mana bahagian daripada sesuatu dokumen dicetak dengan sepatutnya dalam suatu bahasa asing atau sebahagian suatu faksimili atau mengikut apa-apa cara yang luar biasa atau khas, atau jika apa-apa perubahan menjadi perlu selepas pruf pertama bagi dokumen itu, maka hendaklah dibenarkan suatu amaun sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Hakim atau Pendaftar, dan amaun tersebut hendaklah termasuk apa-apa kehadiran di hadapan percetakan.

(2) Peguamcara yang berhak mengambil salinan-salinan bercetak bagi apa-apa dokumen hendaklah dibenarkan amaun yang dibayarnya bagi sekelian bilangan salinan sebagaimana yang seperlu atau sepatutnya diambil olehnya.

(3) Elaun untuk salinan bercetak bagi dokumen di bawah butiran 48 Jadual ini hendaklah dibuat sebagai tambahan kepada elaun-elaun di bawah peruntukan-peruntukan yang tersebut di atas dalam perenggan ini, dan hendaklah, tertakluk kepada subperenggan (4), dibuat bagi apa-apa salinan bercetak sebagaimana yang perlu atau patut bagi--

(4) Elaun di bawah butiran 48 Jadual ini tidaklah boleh dibuat berhubungan dengan salinan-salinan bercetak bagi dokumen untuk kegunaan Mahkamah atau peguam jika salinan-salinan bertulis telah dibuat sebelum percetakan, dan tidaklah boleh dibuat lebih daripada sekali dalam kuasa atau perkara yang sama.

(5) Elaun-elaun di bawah Jadual ini untuk menyediakan apa-apa pliding, saman, afidavit atau dokumen lain hendaklah dikira sebagai termasuk elaun untuk menyediakan apa-apa salinan perlu yang dibuat untuk kegunaan peguam syarie dan kliennya atau, dalam hal suatu pliding atau saman, untuk penyampaian.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.