J. P.U. 1/84
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYAR'I, 1982




Kaedah 14. Hak-hak Peguam Syar'i.

(1) Tertakluk kepada Kaedah-kaedah ini dan mana-mana Undang-undang bertulis lain, tiap-tiap Peguam Syar'i adalah mempunyai hak eksklusif untuk hadir dan bertindak bagi pihak kelayen mereka dalam semua Mahkamah Syariah di Johor mengikut Undang-undang yang berkuatkuasa dalam Mahkamah-mahkamah itu, dan di antara mereka sendiri, mereka adalah mempunyai hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan yang sama tanpa perbezaan.

(2) Tiada seseorang boleh menjalankan amalan sebagai Peguam Syar'i atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai seorang Peguam Syar'i melainkan namanya ada di dalam Daftar dan ia ada Sijil yang sah di baawh Kaedah 13.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.