J. P.U. 6/86
PERATURAN-PERATURAN BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR 1983




Peraturan 9. Tempoh mesyuarat.

(1) Mesyuarat agong tahunan hendaklah diadakan pada tiap-tiap tahun tidak lewat daripada bulan Jun, melainkan mesyuarat agong tergempar boleh diadakan dengan persetujuan Pengerusi, dan satu perdua daripada ahli jawatankuasa atau atas kehendak satu pertiga daripada ahli badan ini dengan permohonan bertulis kepada Setiausaha Kehormat atau Pengerusi, dan ahli-ahli yang memohon hendaklah hadir di dalam mesyuarat agong tersebut.

(2) Badan ini hendaklah mengadakan mesyuarat biasa sekurang-kurangnya tiap-tiap tiga bulan sekali.

(3) Mesyuarat agong tahunan Badan atau Jawatankuasa kecil boleh diadakan manakala cukup satu pertiga daripada ahli-ahli yang berkenaan telah hadir, dan kiranya gagal, maka hendaklah ditangguhkan setengah jam daripada masa yang ditetapkan, kiranya gagal lagi, maka hendaklah ditangguhkan hingga dua minggu daripada tarikh mesyuarat yang gagal itu dan jika gagal juga, maka mesyuarat boleh dijaIankan, dan keputusannya adalah sah, melainkan untuk perkara yang berkaitan dengan peraturan 13.

(4) Sebarang pemberitahu mesyuarat hendaklah diperbuat dan diberitahu kepada semua ahli badan tujuh hari sebelum diadakan mesyuarat. Manakala pemberitahu mesyuarat agong ialah empat belas hari sebelum diadakan mesyuarat.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.