J. P.U. 29/73
PERATURAN-PERATURAN MAHKAMAH KADI, 1973




Peraturan 19. Notis kepada pihak tidak patuh kepada perintah.

(1) Apabila sesuatu pihak mengadu kepada Mahkamah bahawa pihak yang lain itu tidak mematuhi apa-apa perintah, Mahkamah hendaklah bertindak supaya satu notis disampaikan kepada pihak yang lain itu dalam borang yang ditetapkan dalam Borang 3 dalam Jadual.

(2) Sekiranya pihak yang lain itu menghadiri Mahkamah dalam masa 7 hari daripada penyampaian notis itu kepadanya, Mahkamah, bagi maksud memuaskan hatinya samada perintah itu telah dipatuhi atau tidak, boleh menangguhkan pembicaraan itu kepada hari yang lain dan kedua-dua pihak hendaklah diberitahu apabila Mahkamah menangguhkan perbicaraan itu.

(3) Samada mana-mana pihak itu menghadiri pembicaraan atau tidak, sekiranya Mahkamah berpuashati bahawa perintah itu tidak dipatuhi, Mahkamah boleh selepas habis tempoh 7 hari daripada penyampaian notis dalam Borang 3 itu melapurkan perkara tersebut kepada Mahkamah Majistret menurut Seksyen 66 Enakmen Mahkamah.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.