J. P.U. 29/73
PERATURAN-PERATURAN MAHKAMAH KADI, 1973




Peraturan 24. Cara penyampaian notis dan saman.

(1) Penyampaian sesuatu saman atau notis yang dikehendaki disempurnakan di bawah Peraturan-peraturan ini hendaklah memadai jika saman-saman atau notis-notis itu dihantar dengan pos kepada alamat terakhir yang diketahui bagi pihak yang hendak disampaikan itu atau kepada tempat kerjanya, atau jika alamat atau tempat kerjanya itu tidak diketahui atau tidak dapat disahkan, jika saman atau notis itu dihantar dengan pos kepada alamat terakhir diketahui bagi ibu atau bapanya atau ditampalkan di masjid atau surau dalam bandar atau kampung di mana pihak berkenaan atau ibu atau bapanya tinggal.

(2) Sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti penyampaian mana­mana saman atau notis yang diterangkan di dalam jumlahkata (1) peraturan ini, Mahkamah boleh mengarahkan supaya saman atau notis itu dibacakan dengan cara yang difikirkannya patut di hadapan kumpulan-kumpulan orang di masjid atau surau dalam bandar atau kampung di mana pihak berkenaan itu atau ibu atau bapanya terakhir sekali tinggal.

(3) Hari pertama saman atau notis itu dibacakan di bawah jumlah­kata (2) itu hendaklah disifatkan sebagai tarikh penyampaiannya.

Bertarikh pada 13hb September, 1973.
[SUKJ. 676/8-9; PUNJ. 27 (25).]
IBRAHIM BIN BAN,
Jurutulis Majlis Mesyuarat Kerajaan,
Johor

(Diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan, Johor pada 12hb September, 1973). (Ringkasan Mesyuarat Bil. 1299/73).



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.