J. P.U. 1/84
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYAR'I, 1982




Kaedah 13. Sijil dan Pendaftaran.

(1) Jawatankuasa hendaklah menyampaikan keputusannya dalam tempoh tujuh hari selepas keputusannya dibuat kepada pemohon dan Jabatan.

(2) Pemohon hendaklah, dalam tempoh dua minggu selepas keputusan Jawatankuasa diterimanya, menyerahkan atau menyebab supaya diserahkan kepada Jabatan-
(3) Jabatan hendaklah, apabila berpuas hati bahawa pemohon telah mematuhi kehendak perenggan (2) Kaedah ini dan dokumen tersebut dalam perenggan (2) (a) Kaedah ini adalah teratur, mengeluarkan Sijil yang disebut dalam seksyen 68 Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1978 kepada pemohon itu.

(4) Tiap-tiap Sijil itu hendaklah dalam Borang B yang ditetapkan dalam Jadual dan hendaklah sah dari tarikh ia dikeluarkan hingga akhir tahun itu.

Dengan syarat bahawa-
(5) (a) Apabila dikeluarkan tiap-tiap Sijil itu, Jabatan hendaklah mencatatkan dalam Daftar butir-butir yang terkandung dalam Sijil itu dan sesiapa jua boleh memeriksa Daftar itu dalam masa waktu pejabat tanpa bayaran;
(6) Sijil itu boleh diperbaharui apabila Jabatan puas hati bahawa pemohon telah menjelaskan bayaran tiga puluh ringgit dan mematuhi kehendak-kehendak Kaedah-kaedah ini.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.