J. P.U. 29/73
PERATURAN-PERATURAN MAHKAMAH KADI, 1973




Peraturan 7. Perintah dibuat selepas bicara.

Sekiranya pihak-pihak yang berkenaan itu menghadiri Mahkamah pada hari pembicaraan itu, Mahkamah dengan persetujuan pihak-pihak yang berkenaan atau selepas mendengar mereka dan saksi-saksi, jika ada, yang dipanggil di pembicaraan itu, boleh membuat perintah yang difikirkan patut atau adil menurut Hukum Syarak.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.