J. P.U. 51/1979
KAEDAH-KAEDAH (BAYARAN-BAYARAN) MAHKAMAH SYARIAH, 1979




JADUAL
BAYARAN-BAYARAN BAGI KES-KES MAL

(1)
(2)

$
1.Semua tuntutan atau tuntut balas
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa bayaran akan dikenakan di bawah butiran ini mengenai mana-mana permohonan untuk nafkah atau apa-apa permohonan yang berbangkit daripadanya.
10.00

2.Saman kepada Yang Kena Dakwa (bagi tiap-tiap orang yang dinamakan dalam saman)
1.00

3.Apa-apa jenis notis (bagi tiap-tiap orang yang akan diberitahu)
1.00

4.Saman kepada seorang saksi (bagi tiap-tiap orang saksi yang dinamakan)
1.00

5.Tiap-tiap Afidavit atau Akuan
1.00

6.Mananda suatu Exhibit ke atas surat Afidavit atau Akuan
.50

7.Memfail Afidavit atau Akuan

PERINGATAN : Bayaran tidak dikenakan ke atas butir-butir 5, 6 dan 7 berhubung dengan Affidavit Penyerahan oleh Penyerah Saman atau lain-lain pegawai Mahkamah.
1.00

8.Mana-mana permohonan yang tidak diperuntukkan
1.00

9.(a) Permohonan di bawah Seksyen 98(2)
1.00
(b) Surat Perlantikan Wakil-Seksyen 98(2)
1.00

10. Kamsen bagi apa-apa tujuan (tambahan kepada perbelanjaan-perbelanjaan Mahkamah)-Seksyen 105
2.00

11.(a) Permohonan bagi dan surat perlantikan atau menukar seorang ejen-Seksyen 69
2.00
(b) Permohonan untuk melepaskan seorang ejen-Seksyen 69
1.00

12.Hukuman atau Perintah-
(a) jika diperintah membayar perbelanjaan-perbelanjaan
2.00
(b) jika tidak diperintah membayar perbelanjaan-perbelanjaan
1.00

13.Memfail atau mengeluarkan mana-mana suratan yang tidak diperuntukkan dengan khasnya selain daripada pernyataan pembelaan
.50

14.(a) Salinan suratan-suratan yang diperakui disediakan oleh Mahkamah (Salinan Asal)1.00 ditambah 50 sen bagi tiap-tiap setengah helai atau sebahagian daripadanya
(b) Bagi tiap-tiap tambahan salinan, jika digunakan karbon atau diproses dengan cara lain (duplicating)1.00 ditambah 25 sen bagi tiap-tiap setengah helai atau sebahagian daripadanya
(c) Memperakui mana-mana salinan suratan yang tidak disediakan oleh Mahkamah1.00 ditambah 50 sen bagi tiap-tiap setengah helai atau sebahagian daripadanya

15.(a) Tiap-tiap permohonan "Petwa Pesaka"-Seksyen 59(3) (b) (iv)
1.00
(b) mengeluarkan surat "Petwa Pesaka"

PERINGATAN :
Jika "Petwa Pesaka" dikehendaki diberi berhubung dengan simati kedua, ketiga dan seterusnya dalam pesaka simati pertama dalam perakuan yang sama, maka bayaran yang ditetapkan dalam perenggan (b) di atas hendaklah dikenakan bagi tiap-tiap "Petwa Pesaka" yang diberi bagi tiap-tiap simati.
5.00

16.Mengeluarkan notis-notis menahan mana-mana harta
1.00

17.Waran tahanan atau tangkapan, (bagi tiap-tiap orang yang dinamakan)
1.00

18.Bon jaminan bagi tiap-tiap orang yang menyempurnakannya
1.00

19.Notis Rayuan
1.00

20.Penyerahan mana-mana surat perintah atau perbicaraan yang dikehendaki diserah oleh Mahkamah
dan jika lebih daripada satu batu daripada Mahkamah, ditambah-
.50
(a) bagi berjalan kaki atau berbasikal bagi tiap-tiap batu perjalanan, lebih daripada dua batu
.20
(b) bagi perjalanan dengan apa cara jua punPerbelanjaan-perbelanjaan sebenar dibelanjakan oleh Penyerah Saman
PERINGATAN: Jumlah wang yang kena dibayar di bawah perenggan (a) atau (b) dalam butir ini hendaklah dibayar kepada Penyerah Saman untuk faedahnya sendiri dan hendaklah dideposit kepada Penyerah Saman sebelum penyerahan itu.

21.Memfail Surat Rayuan (Petition of Appeal kepada Mahkamah Rayuan)
10.00

22.Deposit bagi mana-mana rayuan (appeal)
50.00
CATITAN: Mana-mana dokumen yang dipinda daripada teks asal yang mana bayaran Mahkamah telah dibayar, hendaklah dikecualikan daripada apa-apa bayaran lagi melainkan bayaran memfail di bawah butiran 13.


Bertarikh pada 5hb Mei, 1979.
[SUKJ. 676/8-7; PUNJ.27.]

MOHD NOAH BIN HAJI AHMAD,
Jurutulis Majlis Mesyuarat Kerajaan,
Johor



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.