J. P.U. 29/73
PERATURAN-PERATURAN MAHKAMAH KADI, 1973




Peraturan 5. Pengeluaran saman dan penolakan permohonan.

(1) Sekiranya permohonan itu ialah untuk pengubahan perintah nafkah, Mahkamah sebelum mengeluarkan saman kepada pihak yang satu lagi itu bolehlah memeriksa pemohon itu.

(2) Sekiranya selepas memeriksa pemohon itu, Mahkamah berpendapat bahawa pada zahirnya ada perubahan di dalam keadaan bagi mana-mana pihak yang mungkin memerlukan sesuatu perintah diubah atau ada sebab yang menasabah telah dibuktikan, Mahkamah boleh mengeluarkan saman dalam Borang 1 dengan pindaan-pindaan yang difikirkan perIu.

(3) Sekiranya selepas memeriksa pemohon itu Mahkamah berpendapat bahawa permohonan itu dibuat dengan niat tidak jujur atau permohonan itu didapati dangkal atau untuk menyakitkan hati atau dibuat dengan tujuan untuk memalukan pihak yang menentang itu, Mahkamah boleh menolak permohonan itu tanpa mengeluarkan saman.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.