J. P.U. 1/84
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYAR'I, 1982




Kaedah 11. Bantahan.

(1) Permohonan di bawah Kaedah 10, hendaldah, disampaikan kepada Pengerusi Jawatankuasa dan sesalinannya kepada Pendakwa Syar'i.

(2) Jika Pendakwa Syar'i bercadang hendak membantah permohonan itu, maka hendaklah disampaikan kepada pemohon itu dan Pengerusi Jawatankuasa dalam tempoh empat belas hari selepas permohonan itu diterima oleh Pengerusi Jawatankuasa dan salinan permohonan itu diterima oleh Pendakwa Syar'i suatu notis bantahan yang hendaklah menyatakan alasan-alasan bagi bantahan itu.

(3) Apabila suatu notis bantahan dibuat, permohonan itu hendaklah ditetapkan untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa dalam tempoh satu minggu selepas notis bantahan itu diterima oleh Pengerusi Jawatankuasa dan pemohon.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.