J. P.U. 6/86
PERATURAN-PERATURAN BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR 1983




Peraturan 2. Tafsiran.

Dalam Peraturan-peraturan ini, kecuali konteknya menghendaki maksud yang berlainan-

"badan" ertinya satu kumpulan yang terdiri dari beberapa orang ibu bapa dan guru-guru;

"sekolah agama" ertinya sekolah yang mempunyai aliran pelajaran Agama Islam sepenuhnya dan terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Johor;

"pelajaran agama" ertinya pelajaran Agama yang diajar mengikut Sukatan Pelajaran Agama yang diakui oleh Kerajaan Negeri Johor;

"kebajikan" ertinya sesuatu yang merupakan kebaikan atau kemajuan dalam bidang pelajaran atau persekolahan bagi pelajar-pelajar atau ibu bapa atau guru-guru atau masyarakat setempat, atau lain-lain perkara kebaikan yang dimaksudkan oleh peraturan-peraturan ini;

"Guru Besar" ertinya seseorang guru yang dilantik atau dipertanggungjawabkan bagi mentadbirkan sesebuah Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor;

"Guru" ertinya seseorang yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Johor atau Majlis Agama Islam Negeri Johor menjadi guru Agama;

"pelajar" ertinya seseorang yang telah didaftarkan untuk belajar di sekolah Agama yang ditetapkan oleh Guru Besar berkenaan;

"pendaftaran" ertinya segala urusan mendaftarkan pelajar-pelajar atau ahli badan ini atau daftar-daftar yang berkaitan dengan badan ini;

"ahli" ertinya seseorang yang telah disahkan oleh badan ini menjadi ahlinya;

"mesyuarat" ertinya segala mesyuarat ahli jawatankuasa, mesyuarat agong tahunan dan mesyuarat agong luar biasa;

"pendapatan" ertinya sesuatu yang dikatakan hasil bagi badan ini, sama ada mata wang atau barangan atau harta benda yang berbentuk khairat, derma, hadiah, sumbangan dari orang ramai, pelajar-pelajar atau Kerajaan dan lain-lain selama ia harus di sisi hukum syarak;

"Pemeriksa Kira-Kira" ertinya orang atau orang-orang yang telah dilantik oleh mesyuarat agong tahunan untuk bertanggungjawab atas semua urusan kira-kira pendapatan badan ini, atau penyata kira-kira yang dimaksudkan oleh peraturan ini:

"jawatankuasa" ertinya jawatankuasa atau jawatankuasa-jawatankuasa kecil yang ditubuhkan oleh badan ini.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.