J. P.U. 6/86
PERATURAN-PERATURAN BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR 1983




Peraturan 4. Tujuan.

(a) Mengadakan perbincangan untuk tujuan kebajikan dan kemajuan pelajaran pelajar-pelajar atau guru-guru di setiap sekolah agama.

(b) Membantu pihak guru-guru atau pentadbiran sekolah bagi memenuhi atau menampung keperluan pelajar-pelajar, supaya dapat belajar dengan lebih sempurna.

(c) Bertukar-tukar fikiran, pendapat dan maklumat di antara ibu bapa dengan guru-guru berhubung dengan pencapaian kemajuan pelajar-pelajar, dan juga untuk memperbaiki serta meningkatkan mutu pelajaran anak-anak mereka.

(d) Berusaha mewujudkan suasana alam sekeliling yang bersih, aman, tenteram sesuai bagi perkembangan rohani dan jasmani pelajar-pelajar.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.