J. P.U. 1/84
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYAR'I, 1982




Kaedah 2. Tafsiran.

Dalam Kaedah-kaedah ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain-

"Daftar" ertinya nama yang disebut dalam seksyen 68 Enakmen Pentadbiran Agama Islam, 1978;

"Jawatankuasa" ertinya Jawatankuasa Kelayakan yang ditubuhkan di bawah Kaedah 3;

"Orang berkelayakan" ertinya-
"Peguambela dan peguamcara" mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Akta Profesion Undang-undang, 1976;

"Peguam Syar'i" ertinya orang berkelayakan yang diterima masuk sebagai Peguam Syar'i di bawah Kaedah 9;

"Peperiksaan Sijil Peguam Syar'i" ertinya peperiksaan yang dikelolakan oleh Jawatankuasa di bawah Kaedah 7.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.