J. P.U. 32/86
KAEDAH-KAEDAH NIKAH LEBIH DARI SATU 1986.




Kaedah 2. Syarat-syarat Permohonan.

(1) Permohonan nikah lebih dari satu hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang A dalam Jadual yang berjata Jabatan Agama.

(2) Permohonan nikah lebih dari satu hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Daerah di Pejabat Kadi Daerah dalam tempoh tujuh hari sebelum pernikahan itu dijalankan mengikut seksyen 115(1) Enakmen

(3) Borang yang tiada berjata Jabatan Agama tidak diterima.

(4) Borang A hanya layak diberikan kepada pemohon yang berkenaan sahaja setelah ia selesai mengamanahkan kehendak-kehendak Borang A dengan bayaran sebanyak tiga ringgit dan menandatangani Buku Daftar yang disediakan di Pejabat Kadi Daerah.

(5) Segala butir-butir di dalam Borang B hendaklah diisi dengan lengkap dan borang yang tidak diisi dengan lengkap tidak akan dipertimbangkan.

(6) Segala perakuan dan ikrar yang dikehendaki oleh Borang C hendaklah dibuat di hadapan Kadi Daerah dan ditandatangani oleh Kadi itu.

(7) Kadi Daerah hendaklah menghantar Borang B itu ke Pejabat Kadi Besar untuk mendapatkan persetujuan dari Kadi Besar mengikut seksyen 151(1) Enakmen.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.