J. P.U. 29/73
PERATURAN-PERATURAN MAHKAMAH KADI, 1973




Peraturan 9. Keluaran perintah tanpa kehadiran pihak penentang.

(1) Dalam sesuatu pembicaraan, sekiranya pihak menentang tidak hadir pada hari pembicaraan dan pada fikiran Mahkamah ketidakhadirannya ialah untuk melengahkan atau akan melengahkan perintah itu dibuat, Mahkamah, selepas mendengar pemohon dan walaupun pihak menentang tidak hadir, boleh membuat perintah yang difikirkan patut atau adil menurut Hukum Syarak.

(2) Selepas sahaja membuat perintah tanpa kehadiran pihak menentang seperti yang tersebut terdahulu dari itu, Mahkamah hendaklah bertindak supaya satu salinan perintah itu disampaikan kepada pihak menentang.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.