J. P.U. 6/86
PERATURAN-PERATURAN BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR 1983




Peraturan 8. Tugas-tugas.

(1) Pengerusi adalah bertanggungjawab mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa, termasuk mesyuarat agong tahunan dan mesyuarat agong luar biasa, dan mengendalikan semua urusan dan pentadbiran badan ini, serta mempunyai kuasa undi pemutus.

(2) Naib Pengerusi adalah bertanggungjawab bagi membantu dan menolong tugas-tugas Pengerusi dan hendaklah mempengerusikan mana-mana mesyuarat dalam masa ketiadaan pengerusi.

(3) Setiausaha Kehormat hendaklah menjalankan tugas-tugas, pentadbiran dan pengurusan badan ini, sama ada atas arahan Pengerusi atau keputusan mesyuarat dari masa ke semasa atau lain-Iain urusan yang ada hubungm dengan badan ini.

(4) Penolong Setiausaha hendaklah membantu dan menolong semua kerja Setiausaha Kehormat.

(5) Bendahari Kehormat adalah bertanggungjawab atas semua urusan kewangan badan ini, dan mengendalikan buku daftar ahli-ahli, laporan kewangan, penyata kira-kira bulanan dan tahunan dengan disesuaikan tahun kira-kira kewangan yang bermula 1hb. Januari hingga 31hb. Disember pada tiap-tiap tahun dan kemudiannya diserahkan kepada Pemeriksa Kira-Kira untuk tindakannya.

(6) Pemeriksa Kira-Kira hendaklah memeriksa dan mengesahkan penyata kira-kira badan ini pada setiap ahkir tahun tutup kunci kira-kira.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.