J. P.U. 6/86
PERATURAN-PERATURAN BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR 1983




Peraturan 12. Pemegang amanah.

(a) Badan ini hendaklah melantik tiga orang pemegang amanah di dalam mesyuarat agong tahunan.

(b) Pemegang amanah tidak berhak menjual, memindahmilik mana-mana harta kepunyaan badan ini tanpa persetujuan di dalam mesyuarat agong tahunan.

(c) Seseorang pemegang amanah boleh terlucut dengan sendiri daripada jawatannya dengan sebab mengidap penyakit yang teruk, atau tidak siuman atau tiada dalam negeri ini lebih dari setahun lamanya atau telah disabitkan kesalahannya dalam kes jenayah oleh mana-mana mahkamah (Awam atau Syariah) dalam Negeri ini. Kekosongan itu boleh dipenuhkan dengan persetujuan mesyuarat agong tahunan atau luar biasa.

(d) Setiap kakitangan Kerajaan yang hendak dilantik menjadi pemegang amanah, hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran Ketua Jabatannya.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.