J. P.U. 6/86
PERATURAN-PERATURAN BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR 1983




Peraturan 15. Kewangan.

(a) Wang Simpanan hanya boleh digunakan untuk tujuan kebajikan sahaja setelah mendapat persetujuan mesyuarat badan ini.

(b) Semua pendapatan badan ini hendaklah disimpan di mana-mana bank yang diakui oleh Kerajaan dan akaun bank hendaklah atas nama penuh badan ini.

(c) Semua cek dan kenyataan pengeluaran wang daripada badan ini hendaklah ditandatangani oleh Bendahari Kehormat dan Pengerusi atau Setiausaha.

(d) Bendahari Kehormat bolehlah menyimpan wang panjar tidak lebih daripada $50.00 (Lima puluh ringgit) bagi urusan rasmi badan ini.

(e) Segala pungutan derma, bantuan hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada pihak-pihak yang berwajib dan juga daripada Jabatan Agama Johor.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.