J. P.U. 29/73
PERATURAN-PERATURAN MAHKAMAH KADI, 1973




Peraturan 22. Rayuan tidak boleh menggantung perintah.

(1) Sebarang rayuan terhadap perintah menurut Peraturan-peraturan (Rayuan) Mahkamah Kadi, 1973 atau sebarang permohonan kajian semula bagi sesuatu perintah di bawah Peraturan-peraturan ini tidak boleh berkuasa sebagai menggantungkan perintah itu, kecuali Mahkamah memerintahkan sebaliknya.

(2) Apabila menggantung sesuatu perintah itu Mahkamah boleh mengenakan syarat-syarat yang difikirkannya patut.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.