K. P.U. 6/88
PERATURAN-PERATURAN PEGUAM SYAR'I 1988




Peraturan 12. Rayuan terhadap keputusan Jawatankuasa Kelayakan.

(1) Seseorang yang tidak puas hati ke atas sesuatu keputusan Jawatankuasa Kelayakan boleh memohon kepada Majlis bagi mengulangkaji keputusan itu.

(2) Jika Jawatankuasa Kelayakan tidak membuat keputusan berkenaan sesuatu permohonan yang dibuat di bawah Peraturan 10 dalam masa dua minggu selepas notis bantahan di bawah Peraturan 11 diterima oleh Pengerusi Jawatankuasa Kelayakan dan pemohon, pemohon boleh memohon di bawah Peraturan ini seolah-olah permohonan itu telah diputuskan bertentangan dengan permohonannya.

(3) Ahli Jawatankuasa Kelayakan yang menjadi ahli Majlis tidak boleh menyertai Majlis semasa Majlis mengulangkaji keputusan Jawatankuasa Kelayakan.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.