K. P.U. 6/88
PERATURAN-PERATURAN PEGUAM SYAR'I 1988




Peraturan 23. Jawatankuasa Kelayakan boleh memasukkan semula Peguam Syar'i.

(1) Jawatankuasa Kelayakan boleh, jika difikirkannya patut dan munasabah pada bila-bila masa meminta kepada Majlis untuk memasukkan semula dalam daftar nama seseorang Peguam Syar'i yang namanya telah dikeluarkan atau dipotong daripada daftar.

(2) Sesuatu permohonan supaya nama seseorang Peguam Syar'i dimasukkan semula dalam daftar hendaklah disokong dengan surat sumpah, (ikrar) yang diperolehi di Pejabat Kadi.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.