K. P.U. 6/88
PERATURAN-PERATURAN PEGUAM SYAR'I 1988




Peraturan 13. Sijil dan Pendaftaran.

(1) Jawatankuasa Kelayakan hendaklah menyampaikan keputusan permohonan di bawah Peraturan 10 dalam tempoh tujuh hari selepas keputusannya dibuat kepada Majlis.

(2) Majlis dalam tempoh tujuh hari selepas mendapat keputusan Jawatankuasa Kelayakan di bawah Peraturan 13(1), memberitahu kepada pemohon keputusan Jawatankuasa Kelayakan.

(3) Pemohon yang berjaya hendaklah, dalam tempoh dua minggu selepas keputusan Majlis diterimanya, menyerahkan atau menyebab supaya diserahkan kepada Majlis:
(4) Majlis hendaklah, apabila berpuas hati bahawa pemohon telah mematuhi kehendak perenggan (3) Peraturan ini dan dokumen tersebut dalam perenggan (3) (a) Peraturan ini adalah teratur, mengeluarkan Sijil yang disebut dalam seksyen 8 Enakmen Mahkamah Syariah 1983.

(5) Tiap-tiap Sijil itu hendaklah dikeluarkan dalam Borang B yang ditetapkan dalam Jadual dan hendaklah sah dari tarikh ia dikeluarkan hingga akhir tahun itu.

Dengan syarat bahawa-
(6) Dalam Peraturan ini perkataan "tahun" hendaklah bererti tempoh dari 1 haribulan Januari dalam sesuatu tahun kalendar hingga 31 haribulan Disember dalam tahun kalendar itu.

(7) (a) Apabila dikeluarkan tiap-tiap Sijil itu, Majlis hendaklah mencatatkan dalam Daftar butir-butir yang terkandung dalam Sijil itu dan sesiapa jua boleh memeriksa Daftar itu dalam masa waktu pejabat tanpa bayaran;
(8) Sijil itu bolehlah diperbaharui apabila Majlis puas hati bahawa pemohon telah menjelaskan bayaran seratus dua puluh ringgit dan mematuhi kehendak-kehendak Peraturan-peraturan ini.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.