K. P.U. 6/88
PERATURAN-PERATURAN PEGUAM SYAR'I 1988




Peraturan 14. Hak-hak Peguam Syar'i.

(1) Tertakluk kepada Peraturan-peraturan ini dan mana-mana Undang-undang bertulis lain, tiap-tiap Peguam Syar'i adalah mempunyai hak eksklusif untuk hadir dan bertindak bagi pihak pelanggan mereka dalam semua Mahkamah di Negeri Kedah Darulaman mengikut Undang-undang yang berkuatkuasa dalam Mahkamah-mahkamah itu, dan di antara mereka sendiri, mereka adalah mempunyai hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan yang sama tanpa perbezaan.

(2) Tidak seseorang boleh menjalankan amalan sebagai Peguam Syar'i atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai seorang Peguam Syar'i melainkan namanya ada di dalam Daftar dan ia ada Sijil yang sah di bawah Peraturan 13.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.