K. P.U. 6/88
PERATURAN-PERATURAN PEGUAM SYAR'I 1988




Peraturan 17. Semua Peguam Syar'i di bawah kawalan Jawatankuasa Kelayakan.

(1) Peguam Syar'i hendaklah tertakluk kepada kawalan Jawatankuasa Kelayakan dan boleh apabila sebab yang sewajar ditunjukkan kena dikeluarkan dari Daftar atau digantung daripada menjalankan amalan mengikut cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini atau dicela.

(2) Sebab yang wajar itu boleh ditunjukkan dengan bukti bahawa Peguam Syar'i itu di Malaysia atau di tempat lain-
(3) Dalam apa-apa pembicaraan di bawah Peraturan ini Jawatankuasa Kelayakan boleh selain daripada fakta-fakta kes itu mengambilkira kelakuan orang yang berkenaan itu pada masa yang lalu untuk menentukan apakah perintah yang patut dibuat.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.