K. P.U. 6/88
PERATURAN-PERATURAN PEGUAM SYAR'I 1988




Peraturan 2. Tafsiran.

Dalam Peraturan-peraturan ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain-

"Daftar" ertinya nama yang disebut dalam seksyen 8 Enakmen Mahkamah Syariah, 1983.

"Jawatankuasa" ertinya Jawatankuasa Kelayakan yang ditubuhkan di bawah Peraturan 3;

"Mahkamah" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Mahkamah Syariah 1983;

"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darulaman yang ditubuhkan di bawah Undang-undang Pentadbiran Agama Islam 1962;

"Orang berkelayakan" ertinya-
"Peguambela dan Peguamcara" mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Akta Profesion Undang-undang 1976";

"Peguam Syar'i" ertinya orang berkelayakan yang diterima masuk sebagai Peguam Syar'i di bawah Peraturan 9.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.