K. P.U. 6/88
PERATURAN-PERATURAN PEGUAM SYAR'I 1988




Peraturan 21. Perintah oleh Jawatankuasa Kelayakan hendaklah mengandungi pernyataan tentang kesimpulannya dan sebagainya.

Tiap-tiap perintah yang dibuat oleh Jawatankuasa Kelayakan atas permohonan atau aduan yang dibuat kepadanya di bawah Peraturan-peraturan ini hendaklah didahului dengan suatu pernyataan-pernyataan kesimpulan-kesimpulannya berhubung dengan fakta-fakta kes itu dan hendaklah ditandatangani oleh pengerusi Jawatankuasa Kelayakan itu atau hendaklah ditandatangani oleh seorang ahli Jawatankuasa Kelayakan yang lain yang diberi kuasa olehnya.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.