K. P.U. 6/88
PERATURAN-PERATURAN PEGUAM SYAR'I 1988




Peraturan 22. Peguam Syar'i boleh memohon untuk dikeluarkan namanya dari Daftar.

(1) Seseorang Peguam Syar'i boleh tertakluk kepada Peraturan ini memohon kepada Jawatankuasa Kelayakan supaya namanya dikeluarkan daripada daftar.

(2) Tiap-tiap permohonan itu hendaklah disokong dengan surat sumpah dan hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa Kelayakan tidak kurang daripada dua bulan sebelum permohonan itu didengar.

(3) Jawatankuasa Kelayakan boleh bagi sebab yang baik menghendaki pemohon itu supaya mengiklankan tujuannya hendak membuat permohonan itu mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh Jawatankuasa Kelayakan.

(4) Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas sesuatu permohonan di bawah Peraturan ini jika Jawatankuasa Kelayakan itu berpuas hati bahawa tindakan tatatertib masih belum diputuskan terhadap pemohon itu.

(5) Selepas didengar sesuatu permohonan itu Jawatankuasa Kelayakan boleh membuat perintah:
dan apa-apa perintah yang adil bagi pembayaran kos.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.