K. P.U. 6/88
PERATURAN-PERATURAN PEGUAM SYAR'I 1988




Peraturan 15. Peguam Syar'i dengan bersengaja dan dengan diketahuinya bertindak sebagai egen.

(1) Tidak seseorang Peguam Syar'i boleh, dengan bersengaja dan dengan diketahuinya, bertindak sebagai egen dalam apa-apa jenis langkah perbicaraan di sisi Undang-undang atau dalam apa-apa perkara yang di bawah Peraturan-peraturan ini hanya boleh dilakukan oleh seseorang Peguam Syar'i yang ada mempunyai Sijil yang sah di bawah Peraturan 13 untuk Peguam Syar'i lain yang tidak ada mempunyai Sijil yang sah itu atau membenarkan namanya digunakan dalam sesuatu langkah perbicaraan atau perkara itu bagi pihak atau keuntungan Peguam Syar'i yang lain itu atau menghantar sesuatu proses kepada Peguam Syar'i yang lain itu atau melakukan sesuatu perbuatan lain membolehkan Peguam Syar'i itu hadir, bertindak, menjalankan amalan atau berbuat sesuatu berupa sebagai menjalankan amalan sebagai Peguam Syar'i dalam sesuatu langkah perbicaraan atau perkara itu.

(2) Tidak seseorang Peguam Syar'i boleh memberi kuasa kepada seseorang yang tak berkuasa untuk mengendalikan sesuatu akaun bank atas namanya atau firmanya dan yang diselenggara olehnya atau firmanya berkenaan dengan amalan sebagai Peguam Syar'i.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.